Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Dalam Talian
Let’s Talk : Anda Membaca?
Penganjuran Program Galakan Membaca Heritage Trail dalam talian anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bersama pelbagai organisasi lain serta pertubuhan pembukuan dan maklumat dalam negara adalah merupakan program bersempena Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC 2020).
Siri 2 telah berlangsung pada 4 Disember 2020, mulai 10.00 pagi - 12.00 tengah hari telah dihoskan oleh Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tajuk Let’s Talk : Anda Membaca?.
Tiga (3) topik menarik yang telah dikupas dalam program bual bicara ini adalah :
Segmen 1 : “Minat Membaca dan Perpustakaan Keluarga”
Segmen 2: “Bacaan Pantas”
Segmen 3 : “ Little Free Library”
Segmen pertama bertajuk “Minat Membaca dan Perpustakaan Keluarga”. Segmen ini telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan USIM, Puan Nor Azzah Momin yang telah menghuraikan tentang suruhan membaca dalam konteks wahyu Alllah swt, mengapa membaca dan bagaimana memupuk minat membaca. Pengalaman beliau sendiri serta rakan-rakan dalam mewujudkan perpustakaan keluarga dirumah turut dikongsikan sebagai pemangkin masyarakat untuk membudayakan minat membaca sejak di rumah.
Segmen kedua adalah menyentuh tentang topik “Bacaan Pantas” yang telah disampaikan oleh Encik Ahmad Yazid Ahmad, Pustakawan Kanan USIM. Dalam segmen ini panel dijelaskan berkaitan definisi dan tanggapan orang ramai tentang membaca pantas. Melalui segmen ini tokoh-tokoh pembaca hebat dunia diperkenalkan dan teknik khusus dalam membaca pantas dikongsikan kepada para penonton.
Kupasan terakhir dalam program ini adalah tentang “ Little Free Library” yang telah disampaikan oleh Puan Rozana Kamdani, Pustakawan Kanan USIM. Slot ini telah memperkenalkan konsep baru yang semakin berkembang di Malaysia dengan menerangkan tentang sejarah dan latarbelakang penubuhan Little Free Library diperingkat antarabangsa. Bagi mengalakkan perkembangannya, perkongsian pengalaman penubuhan Little Free Library Universiti Sains Islam Malaysia telah dikongsikan sebagai panduan.
Program diskusi selama dua jam ini telah dikendalikan oleh Encik Mohamad Alif Marzuki, Penolong Pendaftar USIM selaku moderator. Beberapa soalan turut ditanya semasa program berlangsung dan soalan daripada penonton facebook juga sempat diajukan kepada para panel sebelum mengakhiri program.
Program yang telah disiarkan melalui platform Facebook Live USIMTV dan turut dikongsikan oleh Facebook Persatuan Pustakawa Malaysia (PPM) dan KLWBC 2020 mendapat sambutan sebanyak 1100 ribu penonton sepanjang dua jam penyiarannya secara langsung dan dikongsi oleh warga net sebanyak 76 share. Rata-rata penonton menyatakan pujian dan sokongan terhadap program yang telah disiarkan dalam ruangan komen.
Secara langsung melalui: platform FB USIMTV : https://www.facebook.com/USIMTV/
platform FB PPM: https://www.facebook.com/305136243791/posts/10159127978923792/
Moderator dan ahli panel bersama Team Program Let’s Talk : Anda Membaca?
Disebalik tabir kru produksi Live FB Program Let’s Talk : Anda Membaca?
Encik Mohamad Alif Marzuki, moderator (Kiri),
Panel 1 : Puan Nor Azzah Momin, Panel 2 : Encik Ahmad Yazid Ahmad, Panel 3 : Puan Rozana KamdaniEncik Mohamad Alif Marzuki, moderator (Kiri),
Panel 1 : Puan Nor Azzah Momin, Panel 2 : Encik Ahmad Yazid Ahmad, Panel 3 : Puan Rozana Kamdani