BACA DAN FAHAM MELALUI SMART AL-FATIHAH [MBBY TALK SERIES 1]
Aktiviti Malaysia Board on Books for Young People - MBBY
MBBY TALK SERIES 1: BACA DAN FAHAM MELALUI SMART AL-FATIHAH
11 Disember 2020, 11am-12pm
Presentasi menarik oleh Muhammad Nazir Muhammad Khalid tentang cara menguasai makna kosa kata Arab daripada surah al-Fatihah melalui permainan bahasa yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa. Melalui latihan-latihan yang interaktif kaedah ini menyediakan anak-anak dan pembaca lain dengan amalan bahasa yang berguna dalam suasana yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti ini diolah dalam bentuk yang mudah dan santai serta fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan.
Ikutilah MBBY TALK SERIES 1 ini yang dianjurkan dengan sokongan Sekretariat KLWBC dan Unisel Press.
Melalui bicara ini anda akan dapat:
• Merangsang minat untuk menguasai kosa kata surah al-Fatihah untuk semua peringkat
• Memahami bacaan surah al-Fatihah secara santai dan mudah
• Meningkatkan kemahiran mengajar kanak-kanak membaca, menghafal dan memahami surat al-Fatihah.