PROGRAM JERAYAWARA PEMIKIRAN PENDETA ZA'BA SECARA DALAM TALIAN
Aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran akan mengadakan Program Jerayawara
Pemikiran Pendeta Za'ba Secara dalam Talian.
Program ini akan menampilkan YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Penyandang Kursi Za'ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris/Pengerusi Lembaga Pengelola DBP. Semua diundang untuk menyaksikan program ini pada 8 dan 10 Disember 2020 (Selasa dan Khamis), pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Ayuh, bersama-samalah kita semarakkan Dekad Bahasa Kebangsaan 2020.