Tajuk Program: Read Me a Book : ASEAN-ROK Is Reading
Tarikh: 15 Januari – 23 April 2020
Bilangan Peserta: 15,424 post Instagram
Sinopsis Program:
Program ini merupakan projek kerjasama galakan membaca antara Perpustakaan Negara ASEAN dan National Library for Children and Young Adults, Korea. Ia akan dijalankan oleh 10 buah negara (9 buah negara ASEAN dan Korea Selatan) bermula pada 15 Januari sehingga 23 April 2020.
Program ini juga menggunakan pendekatan ‘read aloud’ dan bercerita oleh petugas perpustakaan atau sukarelawan yang memakai apron kuning dan gambar-gambar aktiviti perlu dimuatnaik dalam medium Instagram.
#yellowapron_hashtagchallenge
#readmeabook_yellowapron
#aseanrokisreading_Malaysia
#perpustakaannegaramalaysia
Perpustakaan Negara Malaysia telah menjadi juara keseluruhan dengan jumlah 15,424 post di Instagram mengalahkan negara-negara ASEAN yang lain.
Poster Program Read Me a Book : ASEAN-ROK Is Reading yang berlangsung dari 15 Januari –
23 April 2020.
Keputusan Rasmi Pertandingan dikeluarkan oleh National Library for Children and Adults,
Republic of Korea.
Program Bercerita Apron Kuning turut disertai oleh Pemimpin Negara iaitu mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia menerusi Perpustakaan Parlimen Malaysia.
Antara gelagat para peserta dalam pertandingan ini yang sempat dirakamkan oleh menerusi Pesta Buku anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis.
Pustakawan Pusat Sumber Kementerian Komunikasi Sesi bercerita pada anak-anak Taska di kementerian tersebut.
Sesi bercerita sambil memakai apron kuning turut dilaksanakan oleh IPG Kampus Ipoh.
Gambar bekas Ketua Pengarah PNM, Puan Siti Aishah Sh. Ab. Kadir di Majlis Kick Off.
Poster ucapan tahniah daripada Ketua Pengarah PNM.