Tajuk Program: Program Literasi Media dan Maklumat Perdana@PNM Maya
Tarikh: 24–31 Oktober 2020
Bilangan Peserta: 361,954 reach
Sinopsis:
Program Literasi Media dan Maklumat Perdana@PNM Maya diadakan bersempena sambutan Global Media & Information Literacy Week oleh UNESCO pada 24–31 Oktober setiap tahun dan dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat Malaysia mengenai kepentingan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan program Literasi Media dan Maklumat dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Pengisian Aktiviti adalah Kuiz Intelek LMM (24, 25 & 31 Oktober), Diskusi Literasi Media dan Maklumat (26 Oktober 2020), Demonstrasi Portal u-Pustaka (26 Oktober 2020), Bicara Literasi Media dan Maklumat (28 Oktober 2020), Segmen Kenali Sumber Rujukan (24, hingga 31 Oktober 2020) dan Pameran Maya LMM (24 Oktober 2020 – 24 November 2020).
Poster Pertandingan Kuiz Intelek LMM Tahap Asas, Pertengahan dan Lanjutan.
Program Diskusi Literasi Media & Maklumat di Facebook Live PNM.
Program Demonstrasi u-Pustaka di Facebook Live PNM
Bicara Literasi Media dan Maklumat oleh Penceramah Nor Edzan Che Nasir
Poster Program Kenali Sumber Rujukan
Poster Program Pameran Maya Literasi Media dan Maklumat@PNM