Tajuk Program: Program Literasi Kewangan
Tarikh: 17 Disember 2020
Statistik: 139 orang (Fizikal dan Dalam Talian)
Tempat: Aras 10, Menara Perpustakaan Negara Malaysia
Sinopsis:
Program ini diadakan bagi memberi motivasi kepada kakitangan PNM agar menjadikan amalan menabung yang telah semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai satu budaya yang positif dan menguntungkan. Ceramah telah disampaikan oleh Abang Abu yang merupakan seorang jurulatih dalam bidang keusahawanan dan kewangan yang terkenal di Malaysia dan juga di Singapura. Beliau juga telah menulis sebuah buku bertajuk Simpan Challenge : 30 tips praktikal untuk menyimpan $1,000 dalam masa 30-90 hari yang mana memuatkan tip dan strategi mengawal perbelanjaan yang mudah dan praktikal.
Poster Program Literasi Kewangan Abang Abu@ Simpang Challenge.
Abang Abu sedang memberi tips pengurusan kewangan kepada kakitangan PNM.
Barisan Pengurusan Tertinggi PNM sedang mendengar ceramah Abang Abu.
Kakitangan PNM tekun mendengar teknik pengurusan kewangan dari Abang Abu.