Persembahan sesebuah buku merupakan faktor penting dalam memastikan pembaca tertarik dan selesa sewaktu menikmati sesebuah bahan bacaan.
Menggabungkan ilustrasi dalam novel adalah salah satu cara persembahan buku yang unik dan menarik. Selain memberi pengalaman lain kepada pembaca, Pada masa yang sama ia turut membuka sumber pendapatan baharu kepada ilustrator.
Namun, sejauh mana ilustrasi berperanan dalam membantu pembaca memahami perkembangan cerita sesebuah novel?
Adakah ada syarat atau peraturan tertentu dalam memilih ilustrasi yang mahu dimasukkan? Adakah ia sesuai untuk semua jenis novel?
Dalam segmen MBMC kali ini, kita akan kupas mengenai topik "NOVEL + ILUSTRASI: YAY OR NAY", bersama-sama Tuan Hasif Rayyan dan dihoskan oleh Tuan Abdul Muiez Ruslee.