SENARAI PENERIMA CENDERAMATA EDISI TERHAD KLWBC 2020 (AKTIVITI 3)
Aktiviti 3 adalah berkenaan Perpustakaan Kuala Lumpur dan kolaj yang bertemakan ‘Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan’. Berikut merupakan 30 pemenang bagi aktiviti kolaj KLWBC 2020. 15 kolaj terbaik akan menerima hadiah eksklusif 'book box' klwbc 2020 manakala 15 lagi kolaj yang terpilih akan menerima hadiah 'suction cup' klwbc.
15 Penerima hadiah eksklusif 'book box' klwbc 2020.
15 penerima hadiah 'suction cup' KLWBC.
Pemilihan pemenang adalah muktamad. Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang ingin sertai aktiviti seterusnya, anda boleh sertai aktiviti ‘Tonton & Menang RM100’. Caranya mudah;
1) 'Subscribe' Youtube Kuala Lumpur WBC (https://linktr.ee/KualaLumpurWBC)
2) Tonton mana-mana video pilihan anda.
3) Tinggalkan komen yang bersesuaian pada video yang anda tonton.
4) 20 Komen yang terbaik akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100!
Mudah bukan? Apa lagi, cubalah!
Anda boleh tonton dan komen sehingga 22 April 2021. 10 Pemenang akan dipilih pada bulan Mac dan 10 pemenang seterusnya akan dipilih pada bulan April. Jadi, anda ada banyak masa untuk tonton semua video dan karang komen yang terbaik.
*Sebagai makluman, tempoh penobatan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 ialah dari 23 April 2020 sehingga 22 April 2021. Seterusnya, trofi WBC akan diserahkan kepada Tbilisi, Georgia pada 23 April 2021 nanti.