Sertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit secara serentak pada 22 April 2021 (Khamis),
jam 11.00 pagi Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan tema "baca itu terapi."
Baca walau di mana anda berada.
Sebagai tanda sokongan, kongsikan gambar/video menarik suasana membaca dari lokasi anda
di media sosial dan 'tag /mention' Perpustakaan Negara Malaysia.