Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Dalam Talian Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) 2020.
Program Galakan Membaca Heritage Trail 2 Dalam Talian: Kuala Lumpur World Book Capital (KLWBC) 2020 adalah anjuran bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan melibatkan pelbagai organisasi dan pertubuhan perbukuan dan maklumat dalam negara.
Siri 1 telah diadakan pada 2 Disember 2020 dengan tajuk "Aplikasi TikTok: positif atau negatif pada perkembangan psikologi golongan muda" yang dihoskan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
En. Ahmad Shazwi (kiri) sebagai panel dan En. Naqiuddin (kanan) sebagai moderator.
Perpustakaan sebagai agen penyebaran maklumat dan ilmu mengambil tanggungjawab untuk mendidik masyarakat. Terutamanya, mereka yang terlibat di dalam bidang pendidikan dan menggunakan aplikasi TikTok sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Slot ini juga membicarakan isu TikTok secara terbuka untuk mengubah perspektif negatif masyarakat terhadap aplikasi tersebut.
Panel jemputan ialah En. Ahmad Shazwi b. Ahmad Shukri yang merupakan Kaunselor UPSI. Manakala, moderator ialah En. Naqiuddin bin Abd Hadi, pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Matematik, UPSI.
Slot berbentuk bual bicara ini disiarkan secara FB live melalui platform PPM dan PTB. Ia ditonton secara langsung seramai 1,580 orang.
Lokasi slot di Teabrary, Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), UPSI
Antara isu yang disentuh oleh panel ialah sejarah ringkas penggunaan TikTok, pandangan Islam mengenai TikTok, kesannya pada psikologi remaja, punca penyalahgunaan TikTok, kesan– kesan positif TikTok dan bagaimana TikTok boleh diaplikasi dalam dunia perbukuan serta aktiviti pembacaan.
Sebanyak 8 soalan secara langsung telah sempat dihuraikan oleh panel. Antaranya, rasional penggunaan TikTok di kalangan ahli akademik, isu kanak– kanak terpengaruh dengan TikTok, tindakan perundangan yang boleh diambil jika berlaku pencabulan hak– hak persendirian melalui TikTok, isu penggunaan TikTok di sekolah dan langkah-langkah sesuai untuk mengubah fikiran negatif ibubapa terhadap penggunaan TikTok.
Pn. Firdausiah (penyelaras program) sedang menjalankan perbincangan akhir dengan panel dan moderator.
Antara aktiviti lain dijalankan sepanjang bual bicara ialah ulasan 4 artikel berkenaan dengan aplikasi TikTok dan sesi kuiz secara dalam talian. Artikel– artikel yang diulas adalah seperti berikut:
1) Anderson, Katie Elson.”Getting acquainted with social networks and apps: it is time to talk about TikTok”
Library Hi Tech News No. 4 2020. pp. 7-12.
2) Jensen, Kelly. “What makes these Librarians TikTok?” School Library Journal. August 2020. pp. 3234.
3) How teachers and students are using TikTok in the classroom
https://www.learningliftoff.com/tiktok-in-theclassroom/
4) Teachers on TikTok: reinventing teaching for new generations https://observatory.tec.mx/edu-news/teachers-ontiktok-world-teachers-day
En. Khairul ( penyelaras teknikal) dalam proses memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.
Kesimpulannya, slot ini menjadi langkah awal membuka minda masyarakat untuk menggunakan TikTok secara positif. Pengawasan ke atas penyalahgunaan media sosial termasuk TikTok perlu sentiasa dijalankan sejak daripada zaman kanak- kanak lagi. Aktiviti perpustakaan, pembudayaan membaca boleh dijalankan melalui penggunaan TikTok. Elemen video pendek dalam TikTok boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan pusat pengajian tinggi menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Petugas slot, panel dan moderator bergambar dengan Pn. Siti Sumaizan (Ketua Pustakawan) dan Cik Noriha (Timb. Ketua Pustakawan Kanan)
Disunting oleh:
Mohd. Razalli b. Ahmad Termizi