SESI TALK : PERKEMBANGAN PENDIGITALAN BUKU DI MALAYSIA, ANJURAN PUSAT SUMBER, KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA SEMPENA KUALA LUMPUR WORLD BOOK CENTRE, TAHUN 2020
Bersempena Kuala Lumpur World Book Centre (KLWBC) pada tahun 2020 ini. Anjuran bersama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dengan melibatkan pelbagai organisasi dan pertubuhan pembukuan dan maklumat dalam negara turut menjayakan KLWBC dengan menganjurkan pelbagai program berkaitan pembacaan dan perbukuan.
Diantaranya adalah Sesi Talk@Bual Bicara secara FB Live menerusi FB page Persatuan Pustakawan Malaysia telah diadakan pada 9 Disember 2020 (Rabu) pada jam 10.00 pagi - 12.30 tengah hari yang dihoskan oleh Pusat Sumber, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan tajuk Perkembangan Pendigitalan Buku di Malaysia.
Rakaman semasa siaran berlangsung
Empat (4) topik menarik yang telah dikupas dalam program bual bicara ini adalah dimulakan dengan Segmen pertama bertajuk “Buku VS E-Buku”. Manakala segmen kedua pula bertajuk “Perkembangan Teknologi Dalam Industri Perbukuan Negara.” Segmen pertama dan kedua ini telah disampaikan oleh Encik Mutalib Uthman, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku. Sebelum beralih bual bicara kepada panel kedua, segmen ke tiga memaparkan satu demo video bertajuk “Mike Matas : A Next Generation Digital Book”. Kemudian barulah diikuti dengan segmen bual bicara seterusnya iaitu segmen keempat bertajuk “Ciri-Ciri Buku Masa Depan”. Segmen ke lima pula bertajuk “Kewujudan E-Studio sebagai platform dalam penyediaan e-book.” yang disampaikan oleh Encik Faiz Al-Shahab (Syed Muhammad Faiz bin Syed Mansur bin Shahab), Ketua Pegawai Eksekutif, Xentral Methods Sdn. Bhd.
Program diskusi selama dua jam tiga puluh minit ini telah dikendalikan oleh Puan Sri Mawarny binti Omar Ussman, Pustakawan, Pusat Sumber Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia selaku moderator. Beberapa soalan turut ditanyakan semasa program berlangsung dan soalan daripada penonton facebook juga sempat diajukan kepada para panel sebelum mengakhiri program.
Program yang telah disiarkan melalui platform Facebook Live Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan turut dikongsikan oleh Facebook Pusat Sumber KKMM mendapat sambutan sebanyak 1.6K penonton dan dikongsi oleh warga net sebanyak 120 shares. Rata-rata penonton menyatakan pujian dan sokongan terhadap program yang telah disiarkan dalam ruangan komen.