AKTIVITI PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA [MABOPA]
Anugerah Buku Malaysia 2020
1 Januari - 17 Mac 2021
Anugerah yang pertama kali diadakan ini adalah anjuran Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Pencalonan untuk kesemua 14 kategori anugerah akan mula dibuka kepada ahli-ahli MABOPA dan juga penerbit-penerbit bukan ahli mulai 1 Januari 2021. Pencalonan adalah PERCUMA.
Setiap ahli MABOPA boleh mencalonkan sehingga 3 judul bagi setiap kategori
(hanya 1 judul sahaja yang boleh dicalonkan setiap kategori untuk yang bukan ahli).