Anugerah Buku Malaysia 2020
1 Januari - 17 Mac 2021
Anugerah yang pertama kali diadakan ini adalah anjuran Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Pencalonan untuk kesemua 14 kategori anugerah akan mula dibuka kepada ahli-ahli MABOPA dan juga penerbit-penerbit bukan ahli mulai 1 Januari 2021. Pencalonan adalah PERCUMA.
Setiap ahli MABOPA boleh mencalonkan sehingga 3 judul bagi setiap kategori (hanya 1 judul sahaja yang boleh dicalonkan setiap kategori untuk yang bukan ahli).
Tarikh buka pencalonan: 1 Januari 2021
Tarikh tutup pencalonan: 21 Januari 2021
Proses Senarai Pendek: 1-15 Februari 2021
Proses Penilaian Akhir: 18 Februari - 1 Mac 2021
Majlis Anugerah Buku Malaysia 2020: 17 Mac 2021
Sila layari www.anugerahbukumalaysia.com untuk keterangan lanjut.