Tajuk Program: Semarak Ilmu, Teduhan kasih (2 Siri)
Tarikh: 26 September 2020 & 3 Oktober 2020
Bilangan Peserta: 125 orang
Sinopsis:
Program “Semarak Ilmu, Teduhan Kasih” merupakan program galakan membaca yang telah dijalankan di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Ummi, Kajang, Selangor. Program ini juga bertujuan untuk menyantuni golongan berkeperluan khas iaitu golongan anak-anak yatim dan asnaf dengan pelaksanaan aktiviti galakan membaca, literasi media dan maklumat (LMM) serta aktiviti pembudayaan tulisan jawi. Pengisian aktiviti adalah Bengkel Literasi Media dan Maklumat, Sesi Interaktif Kreatif, Sudut Bacaan Ceria, Promosi dan Demonstrasi Portal u-Pustaka, Terapi Minda dan Buku, Jejak Maklumat, Bina Kata dan sesi akhir penyampaian hadiah dan cenderahati. Program turut dilaksanakan dengan kerjasama UTM KL.
Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur
Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pertandingan.
Sesi mempromosi Laman Web u-Pustaka oleh kakitangan PNM.
Kakitangan PNM membantu menyusun dan mengemaskini susunan buku di sudut bacaan.
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Ummi, Kajang, Selangor
Peserta-peserta menyertai Pertandingan Interaktif Kreatif iaitu mencipta Kolaj mengikut tema yang diberi.
Peserta-peserta dalam program Promosi dan Demonstrasi Portal u-Pustaka.