Perkhidmatan: Kalam Karyawan: Bicara Siti Kecil
Tarikh: 15 Oktober 2020
Statistik: 11200 (Dalam Talian)
Tempat: Menerusi Media Sosial PNM
Sinopsis:
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat mengenali tokoh Sasterawan Negara dengan lebih dekat lagi. Beliau akan berkongsi pengalaman dan kejayaan dalam penghasilan karya yang memberi impak kepada pembangunan sosio budaya, bahasa dan kesusasteraan di negara ini. Siri kali ini menampilkan YBhg. SN Prof Dr Siti Zainon Ismail yang mengupas mengenai asal usul dan kepentingan seni pantun dalam masyarakat.
Program Kalam Karyawan : Bicara Siti Kecil Menampilkan Sasterawan Negara ke-14 , YBhg. SN Prof. Dr. Siti Zainon Ismail.
Antara Paparan Program Bicara Siti Kecil yang bersiaran menerusi FB PNM yang antara lain membincangkan mengenai keindahan seni pantun.