Perkhidmatan: Perkhidmatan u-Pustaka
Statistik Keahlian: 518,498 orang (sehingga November 2020)
Sinopsis:
u-Pustaka merupakan perkhidmatan perpustakaan digital yang menyediakan akses kepada koleksi fizikal dan digital kepada seluruh lapisan rakyat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa batas sempadan masa dan lokasi. Rakyat Malaysia juga boleh membuat pinjaman buku fizikal dan digital secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi perpustakaan. Portal u-Pustaka mengandungi kandungan digital sebanyak 13.2 juta bahan yang terdiri dari e-buku, e-majalah, e-surat khabar dan rujukan lain-lain. u-Pustaka boleh dicapai di alamat www.u-pustaka.gov.my. Semasa PKP fasa 1-4, PNM telah menjalankan Kempen ‘Sila Duduk Rumah dan Baca Buku’’ dan telah menarik minat ramai masyarakat Malaysia untuk membaca buku secara dalam talian menggunakan perkhidmatan u-Pustaka ini.
Semasa PKP fasa 1-4, PNM telah menjalankan Kempen ‘Sila Duduk Rumah dan Baca Buku’’ dan telah menarik minat ramai masyarakat Malaysia untuk membaca buku secara dalam talian menggunakan perkhidmatan u-Pustaka. Keahlian u-Pustaka telah melonjak naik semasa PKP fasa 1 iaitu 22,584 berbanding sebelum pelaksanaan PKP iaitu sekitar 1000-2000 ahli sebulan. Statistik penggunaan pangkalan data menerusi u-Pustaka turut mengalami peningkatan yang amat ketara iaitu sebanyak 1,667,459 (Mac) dan 1,178,505 (April) berbanding 300,000 - 400,000 setiap bulan.
Logo u-Pustaka
Poster Kempen Sila Duduk di Rumah dan Baca Buku yang dijalankan semasa PKP fasa 1-4 oleh Perpustakaan Negara Malaysia.