Perkhidmatan: Karnival Semarak Jawi Maya
Tarikh: 24-25 November 2020
Statistik: 60,911 reach
Tempat: Menerusi Media Sosial PNM
Sinopsis:
Program Karnival Semarak Jawi kali ke-8 ini telah diadakan diadakan secara maya sempena Program Kuala Lumpur World Book Capital (Kuala Lumpur Sebagai Ibu Kota Buku Dunia). Program ini berkonsepkan didik hibur dan berbentuk interaktif merangkumi pertandingan berasaskan tulisan Jawi, bengkel, ceramah, kuiz, aktiviti dalam talian dan pameran maya sebagai tarikan kepada pengunjung.
Poster Karnival Semarak Jawi Maya yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada
24-25 November 2020.
Bicara Jawi: “Jawi : Indahnya Warisan Kita’’ yang diadakan secara dalam talian pada 24 November 2020.
Ceramah Kod Jawi yang disampaikan oleh USIM secara dalam talian diadakan pada 25 November 2020.
Bengkel Asas Tulisan Jawi yang diadakan sebanyak 2 siri iaitu pada 24 dan 25 November 2020 secara dalam talian.