Tajuk Program: Bengkel Asas Melukis Komik
Tarikh: 21 Disember 2020
Statistik: 32,101 (Dalam Talian)
Tempat: Menerusi Media Sosial PNM
Sinopsis:
Program secara dalam talian yang bertujuan untuk mengajar teknik-teknik melukis dengan efektif dan baik bagi kanak-kanak dan remaja. Bengkel ini dikendalikan Nazry Salam, pelukis komik yang terkenal menerusi komik novel grafik Aviasi Fantasi #1, #2 dan Misi 8A yang mendapat status National Bestseller selepas mencapai jumlah cetakan 30,000 naskhah. Bengkel ini membawa peserta mempelajari pelbagai teknik lukisan secara digital.
Program secara dalam talian dijalankan di Facebook Live PNM.
Poster Bengkel Asas Melukis Komik bersama Nazry Salam.