Puan Khairulaniza Khairuddin, seorang pendidik dan juga penulis. Beliau telah menghasilkan penulisan dalam pelbagai genre seperti artikel pendidikan, cerpen, kisah hidup, teknik mendorong murid/anak gaya nabi dan banyak lagi.
Melalui sesi siaran langsung kali ini, Puan Khairulaniza akan berkongsi tentang buah tangan terbaharunya iaitu Mutiara Kasih Srikandi Rao.
Kisah seorang wanita yang gigih berjuang menghadapi dugaan dan ujian hidup dan dalam masa yang sama mampu menyembunyikan perasaan sebenar serta mampu sentiasa ceria menyantuni anak-anak.