Aktiviti KLWBC dalam talian (3) - Perpustakaan Kuala Lumpur.
Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) merupakan perpustakaan awam di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perpustakaan awam ini mempunyai 15 buah cawangan di sekitar Kuala Lumpur yang boleh anda lawati untuk perkhidmatan pinjaman, rujukan dan sebagainya. Pernahkah anda berkunjung ke mana-mana cawangan Perpustakaan Kuala Lumpur?
Rujukan Senarai cawangan PKL adalah seperti berikut; 1) Perpustakaan Kuala Lumpur, 2) Pustaka KL @Bandar Baru Sentul, 3) Pustaka KL @Setiawangsa, 4) Pustaka KL @Lembah Pantai, 5) Pustaka KL @Medan Idaman, 6) Pustaka KL @Bandar Tun Razak, 7) Pustaka KL @Gombak Setia, 8) Pustaka KL @Sri Sabah, 9) Pustaka KL @Desa Tun Razak, 10) Pustaka KL @Sri Pantai, 11) Pustaka KL @Muhibbah, 12) Pustaka KL @Jelatek, 13) Pustaka KL @Pudu Sentral, 14) Pustaka KL @Taman Tun Dr Ismail dan 15) Pustaka KL @IDB.
Berikut merupakan alamat bagi setiap rangkaian perpustakaan Kuala Lumpur:
Jom sertai aktiviti berikut untuk mendapatkan 30 unit cenderamata edisi terhad KLWBC! Caranya mudah;
1) Reka kolaj daripada potongan gambar yang di cetak, majalah atau surat khabar yang bertemakan 'Menyantuni Masyarakat melalui Pembacaan'.
2) Ambil gambar kolaj yang anda hasilkan, dan jawab soalan berikut: Senaraikan semua cawangan Perpustakaan Kuala Lumpur berserta alamatnya. Hantarkan gambar kolaj dan jawapan anda ke emel kualalumpurwbc@gmail.com berserta nama penuh, alamat rumah dan nombor telefon.
15 kolaj terbaik yang memenuhi tema akan menerima hadiah eksklusif 'book box' klwbc 2020, manakala 15 lagi kolaj yang terpilih akan menerima hadiah 'suction cup' klwbc. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Februari 2021. Semoga berjaya!